mimpi 2
Friday, 9 September 2016 @ 21:28 | 0 Comment [s]
Ketika saat kau ingin lena.. Tiba tiba kelam ..di sudut pandangan mu.
Aku berjalan di mana kaki ini melangkah. Seiring gerak hati . Ranting ranting kayu semakin terasa di telapak kaki. Terbawa ke suatu tempat yang kelam. Gelap gelita. Sunyi. Sebuah tasik usang. Suasana kelambu. Kelabu hitam penglihatan. Namun kaki ini terus melangkah ke tasik itu. Melewati titian perjalanan usang di tasik. Semakin jauh kaki berjalan. Semakin kelam dunia. Bunyi kesunyian mulai hilang.tidak semena mena datang bunyi asing dari segenap penjuru alam. Bunyi burung burung. Rasanya bukan. Bunyi deruan angin malam. Rasanya angin tidak bertiup saat ini. Bunyi suara makhluk tuhan. Rasanya terlalu asing bunyi kebiasaan makhluk alam . Bunyi yang menakutkan. Bulu roma ku naik mendadak . Selajur terdengar bunyi derapan kaki. Bukan kaki ku. Kaki ini telah lama berhenti tatkala bunyi bunyian itu datang memecah kesunyian telinga. Semakin kuat derapan itu. Ketakutan semakin menerjah. Aku berlari sepantas kilat. Menjauhi bunyi itu. Semakin aku berlari . Semakin iya hampir. Aku dapat merasakan kehadirannya. Walaupun tanpa nyata. Hanya kosong di mata ku. Tapi di dada penuh sapaan sang pemilik tasik itu. Aku rimas. Aku sendiri tidak faham apa yang dia cuba sampaikan. Aku jadi gila. Aku mahu keluar dari tempat ini. Semakin iya menganggu arus ketenangan dalam diriku. Yang ada hanya arus alpha, bersiaga menanti siapa pun muncul di hadapan.argh!!! Jangan ganggu aku!! Aku hanya mengikut kaki ku melangkah ke tasik ini. Ternyata sang pemilik tasik ini tidak suka aku melewati tempat ini. Tapi apa daya ku untuk keluar. Titian usang ini semakin jauh ke hadapan. Ku toleh ke belakang. Semakin jauh perjalanan untuk balik semula. Kiri dan kanan Penuh dengan hutan belukar. Air dibawahnya kehitaman sehitam gumpalan awan di atas. Aku mengambil langkah untuk ke belakang semula. Tidak tertahan gangguan sang pemilik tasik . Boleh jadi aku menjadi habuannya. Aku berlari sepantas kudrat yang ada. Kembali kepada keadaan asal. Semakin jauh berlari ke belakang. Semakin gelap. Hitam pandangan. Kaki ini seakan hilang dari tanah. Terasa seperti di awangan. Tapi aku gagahkan untuk terus berlari sehingga benar benar tidak berdaya.
Aku tersedar dari semua nya. Cahaya menerobosi segenap penjuru mata. Aku berada di tempat asal ku. Ternyata Sekali lagi aku dibawa menerusi kegelapan mimpi..
mimpi
@ 21:22 | 0 Comment [s]
mimpi..apa ada dengan mimpi. Apa ada dalam mimpi.. Tutup mata. Dan rasakannya...
Kau. Aku cari kau . Dimana kau. Aku cari kau di setiap sudut hospital. Berlari mencari kau. Tiada seorang nurse pun tahu kau di mana. Aku cari kau. Aku tak tahu dimana keberadaan kau . Aku ikut langkah kaki. Gerak hati aku menuju ke suatu bilik. Terpencil dari wad biasa. Bilik single. Terpinggir jauh dari manusia. Aku rasa aku semakin dekat. Degupan jantung semakin deras. Aku tahu itu kau. Walau aku tak nampak. Aku buka pintu bilik. Masuk kedalamnya. Aku nampak manusia. Ganjil . Aneh. Hodoh . Bodoh . Aku jadi takut . Seteruk inikah sakit mereka. Aku teruskan mencari satu demi satu katil yang ada. Tapi kau tiada. Yang ada hanya mereka yang aneh. Aku keluar dari bilik. Tapi aku merasakan kau ada di dalam bilik itu. Hijab aku tertutup dari melihat kau. Aku merasakan kau masih ada di dalam bilik itu. Degup jantung mengetuk dada. Lemas. Aku harus masuk semula. Demi kau. Tombol terpusing untuk kedua kalinya. Aku buka pintu . Bunyi usang pintu lama. Aku nampak dihadapan ku manusia. Berlumuran darah. Kau. Kau. Itu kau. Kau yang aku cari. Tapi kenapa kau diperlakukan sedemikian. Darah memercik keluar dari hujung jarum di tangan kanan mu. Seolah tak bernafas. Kau tersiksa . Kau tarik jarum yang melekat di tangan mu. Tak lepas. Darah semakin deras mengalir. Kau lemas. Meronta. Mata mu tertutup. Mulutmu terkunci. Tak berdaya berkata kata. Semakin agresif. Jiwa kacau. Aku berlari meninggalkan mu. Memanggil nurse bagai orang gila. Akhirnya nurse masuk ke bilik mu. Memberi bantuan agar keadaan stabil. Tapi kelihatan kau semakin tak berdaya. Meronta meminta dilepaskan.darah penuh di setiap sudut bilik. Kau hampir mati. Nazak. Aku menangis. Meraung. Tanpa suara. Melihat kau bakal dijemput. Seolah nyawa ini juga jadi taruhan kedua. Aku menjerit . memanggil tuhan. Menjerit meminta belas. Aku meronta dalam kekusutan jiwa . Kau bakal pergi. Tinggalkan jiwa yang hina ini. Kau tipu aku. Kau kata kau tak pernah tinggalkan aku. Aku bodoh. Kau pergi . Kau pergi. Kau pergi. Ke sana.
Kau . Takkan pernah pergi . Walau mata ini tertutup. Nyata kau tiada. Tapi kau hadir tika gelapnya pandangan. Kau takkan pernah hilang. Kerana mata ini sentiasa tertutup. Kau selalu hadir. Memberi kekusutan di jiwa. Mengapa kau hadir . Hadir dalam hidup ini. Mengapa kau yang aku lihat. Dalam suram. Mimpi semalam.
salah?
Wednesday, 27 July 2016 @ 09:15 | 0 Comment [s]
salam, rasanya terlalu lama blog ni sunyi sepi tiada sebarang entry mahupun improvement .. haha.. sebenarnya ,, mau kata bz tu.. xla smpi 24 jam masa tu fit dgn kerja.. tapi ketiadaan mood mau mnghupdate tu selalu melanda diri ini. im so sorry ..kalau nak ikutkan banyak benda nak di ceritakan kat sini . tapi .. selalu nya tak kesampaian.. so entry kali ni aku nak stori mori sal putus cinta . okey memandang aku sangat berpengalaman tentang benda ni aku nak share bbrpa tindakan yang SALAH selepas patah hati. ni pun sbnrnya aku dpt melalui pnglmn dan hasil bacaan aku kat alam maya.. rasa nya tak salah aku nak share kat semua. 1. Update status 'meroyan'. aku rasa benda ni yg selalu org akan buat. termasuk aku. haha. kalau fikirkan balik. ada lebih baik kita baca dulu benda yang kita nak post tu sblum updte kat laman sosial. jangan sampai memburukkan diri sudah .. 2. Menyanyi lagu sedih. hah , part ni pun x elok kalau nak buat waktu kita sedih. bukan apa. dahlah mood tgah kelaut. kena lagi layan lagu sedih . sampai sbulan dua la ko berduka . si dia dah bahagia.. aku sarankan dengarlah lagu yang mendorong semangat kamu pulih. macam lagu gemuruh (faizal tahir) or mcm2 lagi .skrg ni cari ja kat youtube smua ada kn. 3. Sms simpati. tak perlulah sms si dia semata mata nak minta simpati kat korang. sms minta maaf sudah lah. yang paling penting tak perlu menipu si dia smata mata nak minta simpati. tuhan tu tahu . sampai masa si dia tahu . tak ke dibencinya kita. huhu. 4. berkurung di dalam bilik come on. sayang. itu bukan satu tindakan yang baik. tak kesian ke dengan life awak.. so, cepat cepat istigfar dan move on. bak kata seseorang . life must go on. 5.upload video merepek di youtube ni aku rasa dah tahap meroyan sampai boleh masuk tanjung rambutan ni. bawak2 lah mengucap. be a normal person. si dia takkan terpikat balik bila tgok video korang kat utube tu . gila adalah... 6. berhubung dengan sahabatnya. berhubung semata mata nak tahu keadaan si dia? kalau dia bahagia dengan org lain. tak ke kau meraung bagai nak mati.. renggangkan hubungan dengan sahabatnya. kalau untuk tujuan berkawan boleh . tapi kalau nak tahu sal si dia . rasanya tak perlu kot. huhu 7. cari pengganti kebanyakan seseorang putus cinta mesti cari pengganti. bagi aku itu tak matang. ambil lah masa ni untuk kita selidiki diri kita dan ambil masa nak kenal mcam mana orang di cc kita. yang paling penting ambil masa untuk kita muhasabah atas perkara yang terjdi sebelum ni dekat kita. aku ni kongsi tips tapi aku sendiri buat benda ni. hmm semua manusia itu tidak sempurna. aku juga hambaNya yang banyak kelemahan. tips ni aku share untuk aku baca juga. huhu. pengalaman ini aku kongsikn untuk korang . oneday korang tak jadi macam aku . dan bagi aku semua tu mematangkan kita. betulkan diri dari kesilapan kita. huhu tak tahu apa nak tulis.. tata nadi ku
Tuesday, 21 June 2011 @ 11:36 | 0 Comment [s]
Suara kisah kita Yang sehalus sahutan di mata Segala norma yang melena ku Pada aroma syurga kita Nan syahdu cinta menunggu Sayunya kerna air matamu Nadiku bagaikan berlagu Nantimu hentikan apa berlaku padamu Yang ku temu Hadirmu sambutlah damba dakapanku Suria kasih kita Yang berbisik gerimis serinya Seindah frasa yang damaikan ku Walau sezarah air mata Biarku kucup wajahmu Leburkan saja ia padaku dis song and lyrics is belong to you..... love you |
The Disclaimer underlined, bold little girl with a big heart
Navigations! Let's Talk!
The Credits! |