//Forever Imperfect
mimpi 2

Friday, 9 September 2016 @ 21:28 | 0 Comment [s]







Ketika saat kau ingin lena.. Tiba tiba kelam ..di sudut pandangan mu.
Aku berjalan di mana kaki ini melangkah. Seiring gerak hati .  Ranting ranting kayu semakin terasa di  telapak kaki.  Terbawa ke suatu tempat yang kelam. Gelap gelita.  Sunyi. Sebuah tasik usang. Suasana kelambu. Kelabu hitam penglihatan.  Namun kaki ini terus melangkah ke tasik itu. Melewati titian perjalanan usang di tasik. Semakin jauh kaki berjalan.  Semakin kelam dunia. Bunyi kesunyian mulai hilang.tidak semena mena datang bunyi asing dari segenap penjuru alam. Bunyi burung burung. Rasanya bukan. Bunyi deruan angin malam. Rasanya angin tidak bertiup saat ini. Bunyi suara makhluk tuhan. Rasanya terlalu asing bunyi kebiasaan makhluk alam . Bunyi yang menakutkan.  Bulu roma ku naik mendadak . Selajur terdengar bunyi derapan kaki. Bukan kaki ku. Kaki ini telah lama berhenti tatkala bunyi bunyian itu datang memecah kesunyian telinga. Semakin kuat derapan itu. Ketakutan semakin menerjah. Aku berlari sepantas kilat.  Menjauhi bunyi itu. Semakin aku berlari . Semakin iya hampir. Aku dapat merasakan kehadirannya. Walaupun tanpa nyata.  Hanya kosong di mata ku. Tapi di dada penuh  sapaan sang pemilik tasik itu. Aku rimas. Aku sendiri tidak faham apa yang dia cuba sampaikan.  Aku jadi gila. Aku mahu keluar dari tempat ini. Semakin iya menganggu arus ketenangan dalam diriku. Yang ada hanya arus alpha, bersiaga menanti siapa pun muncul di hadapan.argh!!! Jangan ganggu aku!! Aku hanya mengikut kaki ku melangkah ke tasik ini. Ternyata sang pemilik tasik ini tidak suka aku melewati tempat ini. Tapi apa daya ku untuk keluar. Titian usang ini semakin jauh ke hadapan. Ku toleh ke belakang. Semakin jauh perjalanan untuk balik semula. Kiri dan kanan  Penuh dengan hutan belukar. Air dibawahnya kehitaman sehitam gumpalan awan di atas. Aku mengambil langkah untuk ke belakang semula. Tidak tertahan gangguan sang pemilik tasik . Boleh jadi aku menjadi habuannya. Aku berlari sepantas kudrat yang ada. Kembali kepada keadaan asal. Semakin jauh berlari ke belakang. Semakin gelap. Hitam pandangan. Kaki ini seakan hilang dari tanah. Terasa seperti di awangan. Tapi aku gagahkan untuk terus berlari sehingga benar benar tidak berdaya.  

Aku tersedar dari semua nya.  Cahaya menerobosi segenap penjuru mata. Aku berada di tempat asal ku. Ternyata  Sekali lagi aku dibawa menerusi kegelapan mimpi..  


Older Post
The Disclaimer

forever young

underlined, bold

little girl with a big heart


Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!

YOUR CBOX CODE HERE BEBEH!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : UR NAME

Best View at GOOGLE CHROME!