|
mimpi
Friday, 9 September 2016 @ 21:22 | 0 Comment [s]
mimpi..apa ada dengan mimpi. Apa ada dalam mimpi.. Tutup mata. Dan rasakannya...
Kau. Aku cari kau . Dimana kau. Aku cari kau di setiap sudut hospital. Berlari mencari kau. Tiada seorang nurse pun tahu kau di mana. Aku cari kau. Aku tak tahu dimana keberadaan kau . Aku ikut langkah kaki. Gerak hati aku menuju ke suatu bilik. Terpencil dari wad biasa. Bilik single. Terpinggir jauh dari manusia. Aku rasa aku semakin dekat. Degupan jantung semakin deras. Aku tahu itu kau. Walau aku tak nampak. Aku buka pintu bilik. Masuk kedalamnya. Aku nampak manusia. Ganjil . Aneh. Hodoh . Bodoh . Aku jadi takut . Seteruk inikah sakit mereka. Aku teruskan mencari satu demi satu katil yang ada. Tapi kau tiada. Yang ada hanya mereka yang aneh. Aku keluar dari bilik. Tapi aku merasakan kau ada di dalam bilik itu. Hijab aku tertutup dari melihat kau. Aku merasakan kau masih ada di dalam bilik itu. Degup jantung mengetuk dada. Lemas. Aku harus masuk semula. Demi kau. Tombol terpusing untuk kedua kalinya. Aku buka pintu . Bunyi usang pintu lama. Aku nampak dihadapan ku manusia. Berlumuran darah. Kau. Kau. Itu kau. Kau yang aku cari. Tapi kenapa kau diperlakukan sedemikian. Darah memercik keluar dari hujung jarum di tangan kanan mu. Seolah tak bernafas. Kau tersiksa . Kau tarik jarum yang melekat di tangan mu. Tak lepas. Darah semakin deras mengalir. Kau lemas. Meronta. Mata mu tertutup. Mulutmu terkunci. Tak berdaya berkata kata. Semakin agresif. Jiwa kacau. Aku berlari meninggalkan mu. Memanggil nurse bagai orang gila. Akhirnya nurse masuk ke bilik mu. Memberi bantuan agar keadaan stabil. Tapi kelihatan kau semakin tak berdaya. Meronta meminta dilepaskan.darah penuh di setiap sudut bilik. Kau hampir mati. Nazak. Aku menangis. Meraung. Tanpa suara. Melihat kau bakal dijemput. Seolah nyawa ini juga jadi taruhan kedua. Aku menjerit . memanggil tuhan. Menjerit meminta belas. Aku meronta dalam kekusutan jiwa . Kau bakal pergi. Tinggalkan jiwa yang hina ini. Kau tipu aku. Kau kata kau tak pernah tinggalkan aku. Aku bodoh. Kau pergi . Kau pergi. Kau pergi. Ke sana.
Kau . Takkan pernah pergi . Walau mata ini tertutup. Nyata kau tiada. Tapi kau hadir tika gelapnya pandangan. Kau takkan pernah hilang. Kerana mata ini sentiasa tertutup. Kau selalu hadir. Memberi kekusutan di jiwa. Mengapa kau hadir . Hadir dalam hidup ini. Mengapa kau yang aku lihat. Dalam suram. Mimpi semalam.
|
The Disclaimer underlined, bold little girl with a big heart
Navigations! Let's Talk!
The Credits! |